Saturday, December 19, 2009

Dari Dapur DraQula~ : Tempura Kentang~






Resepi Tempura Kentang (^o~)v

Amaran kerajaan!!!

1.Kuih ini amat rumit untuk disediakan tapi amat mudah untuk dihabiskan sehingga licin pinggan..wahahaha..(^,~) haha..

2. untuk menyediakannya, kita perlu menyediakan 3 bahagian kuih ini~ huu…hanya yang tabah dapat melakukannya..wahahaha~ kemungkinan untuk gagal adalah sangat tinggi~wahahaha

Bahagian:

a.) Doh kuih

b.) Inti kuih

c.) Kulit kuih

Wahahaha~ rumit bangat sih!!

Bahan A : Doh


3 biji kentang bersaiz sederhana

450g tepung gandum

5 sudu besar minyak masak

1 susu besar gula

2 sudu kecil garam

1 sudu lada sulah

Sedikit daun sup/ saderi dipotong halus, lumat kesumat~( penambah rasa)

Sedikit perasa ayam( lebih sedap guna ayam cincang lumat..emm..nyum3~)

Cara:

  1. Kupas dan potong dadu kentang tersebut dan rebuskan sehingga empuk
  2. kentang yang telah empuk diambil dan dicampurkan dgn bahan lain an diuli sebati
  3. sekiranya ianya terlalu lembik, tambahla tepung
  4. sekiranya doh kamu keras, elak tambah air, tambahla sebarang 1 atau 2 sudu minyak masak~

Bahan B: Inti


2 biji kentang

1 batang lobak

5 urat daun sup/ daun bawang

3 ulas bawang putih

1 ulas bawang besar

150 g ayam dicincang halus mulus (boleh juga menggunakan udang)

1@2 sudu kecil garam halus

1 sudu besar gula

5 -7 biji cili padi ditumbuk

3 sudu besar minyak masak

Cara:

  1. kentang, lobak, daun sup,bawang putih, bawang besar dan isi ayam dicincang halus (lebih halus daripada kentang dalam karipap)~
  2. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar~
  3. setelah naik bau bawang, masukkan pula cili padi, dan ayam.
  4. setelah itu, masukkan pula kentang dan lobak. Tumis sehingga separuh empuk, dan kemudian masukkan pula daun sup/daun bawang.
  5. masukkan gula dan garam secukup rasa~
  6. dalam 10-15minit, inti anda telah boleh diangkat setelah kentang dan lobak telah agak lembut~

Bahan C: Kulit Luar


1 kotak serbuk roti (sekiranya tiada, anda boleh menggunakan biskut kering yang ditumbuk lumat sbg alternatif)

1/2 sudu garam halus

2 biji kuning telur


Cara-cara


1. Setelah anda menyediakan doh dan inti, anda ambil sedikit doh dan seperti menyediakan karipap, anda masukkan inti kedalam pastri doh dan pastikan pastri anda tidak bocor. Perhatian juga, pastri untuk kuih ini adalah lebih tebal dari pastri karipap. pastrinya setebal dalam 0.5-0.8 cm. Biasanya, bentuk yang disarankan adalah seperti kuih cek mek molek..huhu~

2. Setelah itu, kuih ini dicelurkan kedalam kuning telur dan kemudian digolekkan ke atas serbuk roti.

3. Em, kini anda boleh goreng kuih anda didalam minyak panas. Pastikan, api di atas dapur anda adalah sederhana agar kuih ini tidak hangit diluar dan masak didalam. Angkat kuih setelah ianya menjadi warna kemasan! itu tandanya kuih anda dah siap!

4.Hidangkan dengan sos pilihan anda~ nyum3, sy dah telan air liur membayangkan kuih ini. Lebih enak dimakan ketika petang hari bersama teh panas~


p/s: Tahniah untuk sesiapa yang berjaya buat kuih ini buat pertama kali! hahaha, jika gagal sila berusaha lagi~chaiyuk3! aku belajar resepi ini daripada bibik kakak aku yang asalnya dari pedalaman tanah Jawa Indonesia~ wahahaha..SeLamat Mencuba!!

2 comments:

  1. annOuncement~

    weS korang..kuih ni kuih yang sama bg kuih yg korang panggil "kuih jawa" atau "kuih ****ng"
    wahahaha~ kan korang suka sgt makan kuih ni..
    so, skang aku takleh masakkan tuk korang, masak sendiri kat umah!!

    ReplyDelete