Monday, December 6, 2010

Salam semua..hmm..terlalu lama menyepi..mungkin arus ujian benar-benar membuat aku hanyut tak timbul-timbul..sungguh, aku sedang diuji dengan ujian yang sangat besar. Ujian yang tak pernah aku jangka akan aku tempuhi..ujian ni benar-benar membuat aku sedar bahawa insan seperti aku yang selama ini menjaga ibadah aku tetap insan hina disisiNYA..langsung aku berasa tidak layak menghadapNya..

Namun, untuk berputus asa dr rahmatNya dan keampunanNya bukanlah jalan yang aku terpikir untuk tempuhi...betul, setiap apa yg kita lontarkan dr dua bibir kita pasti akan dipegangNya..lalu, sampai masa Dia menyusun ujian untuk kita..Dia nak bukti dr apa yang kita bicarakan..

DALAM sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tabrani daripada Abu Umamah, Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : "Pergilah kepada hamba-Ku. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."


Kadang-kadang kita kalah dan tewas dgn ujian yg diberinya..lalu kita jd insan yg kotor,jijik penuh noda berdosa padaNYA..semua janji kita padaNya telah kita mungkiri..kita malu untuk menghadapNYA..kita malu dgn diri kita sendiri kerana kita yang selalunya taat tiba-tiba melanggar prinsip diri kita sendiri..tetapi, jgnlah sesekali kita berputus asa dgn rahmatNya dan pengampunanNYA...sekalipun jatuh bergolek2..berlumuran lumpur..jgnlah kita terus menyaluti lumpur tuh..BANGUNLAH...dan kembalilah sucikan diri kita dengan taubat pdNYA..



Serulah namaNya yg Maha Agung...sudah pasti,bergemalah suara rintihan kita walau ianya diucap dalam hati kesetiap pelosok langitNYA...DIA masih bersama kita..ALLAH bukanlah Tuhan hanya pada yg tekun beribadah sahaja, tp DIA adalah juga Tuhan kpd seluruh alam malah kpd para PENDOSA...


"wahai Tuhanku..aku telah mengkhianatiMu buat sekian lama..ampuni aku dan bantu aku bangun semula mencariMU..mencari walau secebis kasihMu..tetapi jika neraka adalah tempatku yg telah Kau redhai untukku..siapakah aku untuk mempersoalkannya..cuma pintaku, agar setiap jiwa yg ku kasihi Kau berikanlah mereka nikmat syurgaMu..dan semoga ENGKAU YA RABBI..berada disisi para kekasihMu.."