Saturday, December 26, 2009

Aku DraQula Neutral~ haha


Ramai yang menyangka aku sombong, atau seorang pendiam, mungkin juga seorang yang sentiasa serius. Luaranku, air muka ku, cara jalanku, semuanya menggambarkan aku seseorang yang sukar didampingi..malah pandangan mata ku tajam seperti busur, anak panah..haha..itu kata teman-temanku ketika mereka melihatku sebelum mengenaliku..tapi, setelah mengenaliku, barulah mereka tahu hakikatnya aku seorang yang periang cekodok camtuh..haha~

Sebenarnya aku seorang yang sangat peramah, malah kuat bergurau disana-sini. jarang sekali aku bersikap terlalu serius sehingga menimbulkan stress.haha..cuma aku memiliki sifat malu yang menebal untuk menampilkan sikap ramahku ketika ditempat awam terutama ramai lelaki ditempat tersebut. Bukan hipokrit, bagi ku bukankah wajar seorang wanita itu bersikap pemalu? ianya bukan hiasan semata, tetapi hakikatnya penjaga maruah kita sebagai wanita dikhalayak ramai.tak gitu? hoho~

secara jujurnya, aku memang selalu menjaga penampilan luaran ku.aku memang jarang berpakaian selekeh kecuali ketika dalam keadaan yang kecemasan. Bukankah Allah mencintai kecantikan..dalaman dan juga luaran. cuma satu perkara yang aku tidak amalkan bila aku melangkah keluar, iaitu minyak wangi..mungkin aku lebih selesa jika aku dikenali sebagai "gadis minyak angin" daripada "gadis minyak wangi"..haha..

Aku bukan tak suka berwangi-wangian, malah aku selalu menyembur wangian bilik di dalam bilik aku agar segar hidung aku ni..hehe..malah, syampu dan sabun mandiku berbau cukup harum. cuma, aku susah sekali nak beli minyak wangi badan, kerana aku takut aku terpakai ketika aku ingin keluar. ish, bukankah jelas hukumnya haram bagi wanita berwangian diluar rumahnya? maka, cukuplah aku memakai deodoran badan agar tidak berbau badan hingga membuat orang lain pengsan..hahaha..so, aku menjadi wanita draQula neutral tanpa sebarang bau..haha

Aku rasa cukuplah dengan penampilan aku yang sedap mata memandang, dan tidak perlulah aku tambah perisa atau perasa seperti lavendar atau pandan semata-mata untuk menarik perhatian jejaka macam dalam iklan.haha~ setiap kita memiliki aura tersendiri dan tidak perlulah anda berbelanja puluhan atau ratusan duit untuk mendapatkan aura tersebut..Hati yang bersih dan niat yang sentiasa baik akan menambat insan2 disekeliling anda untuk mendekati anda~ ahaha

juz need to believe yourself!!

1 comment: