Thursday, December 3, 2009

3 kekuatan Umat Islam Dalam menegakkan Kerajaan Allah


Al Quran, zikir dan solat merupakan sumber utama umat islam...

Al Quran sebagai sumber ilmu, kekuatan dan ketenangan jiwa.

Allah berfirman yang bermaksud:

"sesungguhnya didalam kisah mereka itu ada ibrah (pengajaran) bagi orang-orang yang berakal.Bukanlah Al- Quran ini cerita yang diada-adakan sahaja, bahkan ia membenarkan (kitab) yang sebelumnya dan menerangkan setiap sesuatu, lagi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman," (12:111) surah Yusuf, ayat 111.

Ini mungkin tabiat aku yang sukar sekali aku nak hindari setiap kali aku memasuki mana-mana bilik teman baruku. Mataku akan tercari-cari dimana letaknya "buku rujukan" itu? dimanakah ia diletakkan? biasanya ada di rak buku dan biasanya terletak di rak yang tinngi memandangkan ianya merupakan "rujukan istimewa" bagi kami semua. ah, di situ..wajahku ceria bila ternyata teman baruku itu masih menyimpan senaskah "rujukan istimewa", namun melihat kondisinya agak mengecewakan diriku. Temanku menyelitkannya dihujung rak yang dipenuhi dengan buku-buku rujukan yang lebih besar hingga kondisinya kelihatan begitu terhimpit dan kelihatannya telah lama tidak terusik memandangkan ia kelihatan agak berhabuk.

Al Quran bukanlah sebarang kitab rujukan biasa bagi umat manusia kerana ianya bukanlah sebarang karangan atau kitab sebarangan yang boleh diendahkan tempat letaknya, kondisinya apatah lagi isi kandungannya yang begitu manfaat bagi kita semua. Sedarkah kita sebenarnya bahawa Al Quran merupakan Kalamullah atau kata lain kata-kata Allah S.W.T yang mentadbir alam ini kerana tiada Tuhan selainNya..Dia merupakan Raja segala Raja..tidakkah kita ingin mengetahui apakah yang Dia ingin sampaikan kepada kita melalui surat-suratnya? tidakkah kita mahu mengerti kata2nya? sungguh kita sering lalai dalam melihat perkara yang lebih penting malah jarang diantara kita merasa ianya penting dalam kehidupan mereka.

Sesungguhnya Allah tidak mencipta sesuatu dengan sia-sia melainkan ada hikmah disebalik setiap kejadian. Begitu juga dengan Al Quran. Al Quran menyingkap pelbagai rahsia yang sukar digapai oleh akal manusia tanpa bantuan alatan teknologi misalnya. Ramai yang tidak menyedari hakikatnya...bersambung...

No comments:

Post a Comment