Saturday, December 12, 2009

Al Quran Sebagai Sumber Ilmu Bahagian 2 : Pertemuan Dua Lautan.





















" Dia biarkan dua l
autan bertemu, diantara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembusi."
(Q.S Ar Rahman: 19-20)

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”
(Q.S Al Furqan:53)

Foto ini menunjukkan satu garisan jelas menunjukkan pertembungan dua lautan yang berbeza dan kedua-duanya tidak dapat menjangkaui antara satu sama lain. Seolah-olah terdapat dinding diantaranya. kejadian ini amat mengkagumkan dan ianya sebenarnya terjadi akibat daya lekitan dan lekatan antara molekul air di permukaannya dimana ianya terjadi kerana perbezaan kepekatan air bagi kedua-duanya. Hal ini Allah telah ungkapkan di dalam Al Quran sebelum kita menemui kebenarannya.


kiri : Foto disebelah menunjukkan wujudnya daya lekitan pada permukaan air sehingga "waterstrider" dapat meluncur di atas permukaan air tanpa kakinya terbenam didalam air seolah-olah meluncur diatas permukaan lantai kaca.







Betullah Firman Allah bhw Dia menjadikan setiap sesuatu penuh hikmah dan Dia menyuruh kita berfikir apabila melihat setiap kejadian alam ini kerana kita dapat melihat kebesaranNya. Perhatikan kandungan Al Quran dan jika kita mengkajinya dengan teliti, sememangnya ianya merupakan satu sumber utama untuk kita memperolehi pelbagai ilmu. Ianya meliputi ilmu-ilmu sains biologi, fizikal dan kimia.

Bukan itu sahaja, terdapat ilmu falak, ilmu sejarah, ilmu hisab, ilmu perwasiatan dan sebagainya. Ianya lengkap tanpa perlu digubal semula. terdapat semua tip-tip yang amat berguna untuk diamalkan dalam meniti ranjau hidup yang penuh ujian. Para ilmuwan yang mengkajinya sangat kagum bahawa ilmu yang baru diungkap kebenarannya pada abad 20 telah terungkap lebih awal di dalam Al Quran pada abad ke 14 lagi!

Mana mungkin kita dapat menandingi Kalamullah? Bukankah Dia yang mencipta setiap sesuatu yang di langit, dibumi dan diantaranya? Siapakah yang lebih mengetahui mengenai alam ini melainkan Allah, Al Khalik ( Yang Maha Mencipta).

"sesungguhnya ttg kejadian langit dan bumi dan pertikaian malam dan siang menjadi tanda
(ttg k
ekuasaan Allah) bg org yang berakal. (iaitu) org2 yg mengingati Allah ketika bediri, duduk dan berbaring dan mereka memikirkan kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ya Tuhan kami, tidaklah Engkau jadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka perliharalah kami dari seksa neraka." Surah Al Imran ayat 90 & 91.

Perhatikan perkataan memikirkan di dalam ayat tersebut. Mengapa ianya penting? mari kita perhatikan satu kisah dimana kita dapat mengungkap mengapa ALLAH melabelkan berfikir itu penting dan mampu mendekatkan kita kepadaNya.

Seorang ahli selam terkemuka yang berasal daripada Perancis bernama Mr. Jacques Yves Coteau yang juga merupakan ahli Oceanografer yang seringkali filem dokumentarinya yang berkisarkan lautan dan dasarnya diterbitkan dan ditayangkan di dalam TV Discovery telah memasuki islam setelah menemui sesuatu kejadian alam yang sangat mengkagumkan.

Al kisahnya bermula pada suatu hari beliau menyelam ke dasar laut dan beliau telah menemui beberapa matair yang sedap rasanya, dan tidak tercemar sedikit pun dengan air laut yang masin.Ianya seolah-olah ada membran yang memisahkan air matair tersebut daripada air laut.

Beliau sangat terkejut dan bingung akan hal tersebut sehingga beliau mengira bahawa kejadian tersebut hanyalah halusinasinya sahaja. Setelah pulang ke daratan, beliau sering tertanya-tanya dan sentiasa memikirkan kejadian tersebut. Dengan rahmat Allah SWT, suatu hari beliau telah mengajukan persoalan tersebut kepada seorang Profesor muslim kenalannya.( tidak dinyatakan adakah mereka sekampung, atau pernah ke sekolah bersama dan sebagainya..(^,~)v lawak sekilas..huhu~ sekadar menghilangkan ketegangan anda semua~).

Maka, Profesor tersebut membacakan ayat Q.S Ar Rahman:19-20 dan Q.S Furqan:53 sebagai penerangan bahawa beliau tidak berhalusinasi tetapi kejadian tersebut sememangnya wujud dan ianya telah diungkap oleh Sang Pencipta. Yves ternyata mendapat hidayah melalui pengalamannya yang begitu luar biasa dan oleh kerana sikap ingin tahunya itulah mendorong beliau mencari penerangan yang sahih bg kejadian tersebut sehingga dia menemui jawapanya dari Kalamullah yakni Al Quran. Lalu beliau telah mengisytiharkan pengislamannya tanpa merasa ragu-ragu malah beliau telah membuat kenyataan didalam majalah Al Furqan.

"Hearing this, Mr Cousteau said that surely the Qur'an is a divine Book and embraced Islam"
Petikan tersebut telah dipetik dari majalah Al Fuqan-Taha Publisher, London.

Lihatlah kawan-kawan bertapa Al Quran itu meliputi pelbagai ilmu yang kita sebagai hambanya memerlukan beratus-ratus tahun untuk mengungkapnya, sedangkan bagi ALLAH, Dia mengungkapnya ringkas dalam hanya sepotong ayat mengenainya. Artikel sepanjang ini hanya menceritakan sepotong ayatNya yang mengisarkan tentang dua jenis lautan iaitu yang masin dan yang tawar rasanya. Terdapat banyak lagi ayat lain yang menerangkan pelbagai kejadianNya dan bagi sesiapa yang memikirkan, merekalah golongan yang beruntung. kita bersambung lagi episod seterusnya, dengan tajuk yang lebih menarik dan yang lebih membuka minda kita untuk memikirkan keagunganNya.

Tunggu artikel seterusnya, Al Quran Sebagai Sumber Ilmu 3

P/S: Tahukah anda kajian menunjukkan kalimah yang berlawanan didalam Al Quran seperti syurga vs neraka, wanita vs lelaki, baik vs jahat, dunia vs akhirat adalah sama bilangannya kecuali bg kalimat air vs darat. Mengapa? rupa-rupanya nisbah kalimat tersebut apabila dikaji menyamai nisbah air:darat di muka bumi. perkiraannya adalah seperti berikut:


Di dalam Al-Quran, kata “Daratan” (berr, yabas) disebut sebanyak 13 kali, sedangkan kata “Lautan” (bahr) disebut sebanyak 32 kali (termasuk didalamnya untuk kategori danau & sungai). Jika kita hitung rasionya maka “Daratan” & “Laut” adalah 13 berbanding 32 atau dalam matematik ditulis 13 : 32. Total keduanya adalah 13 + 32 = 45.


Merujuk bentangan Daratan di bumi ini adalah 13 / 45 = 28,888 % = 29 %
dan bentangan Lautan di bumi ini adalah 32 / 45 = 71.111% = 71 %

Apabila dirujuk dengan kajian sains terkini, nisbah ini tidak jauh beza! iaitu:

daratan: 29.2%

lautan: 70.8%

Renung-renungkan (~,~)v


link rujukan:

http://en.wikipedia.org/wiki/Jacques-Yves_Cousteau
http://www.e-bacaan.com/emaild92.htm

No comments:

Post a Comment