Wednesday, December 30, 2009

The Choice ( dialog islam-kristian) by Ahmed Deedat



Ahmad Deedat merupakan dai dan kristolog terkemuka dunia, yang dari kerana hujahnya, sudah ribuan orang yang terbuka hati untuk memahami islam dan mendapat hidayah ALLAH. Beliau adalah anggota awal dari Islamic Propagation Centre International(IPCI) dan telah menjadi presidennya sehingga tahun 1996

Bagi tokoh-tokoh Nasrani Internasional, baik yang suka maupun yang membencinya, merasa hairan dengan kemampuan Ahmad Deedat, mendalami ajaran Islam dan Kristen. Bahkan kemampuannya memahami Bibel mengatasi mana-mana pendeta sekalipun. Tidak hairan di pentas pendebatan teologi Islam dan Kristen, nama Ahmad Deedat, menjadi paling terkemuka. Padahal Deedat, hanyalah seorang imigran miskin dari India, yang kcmudian jadi warga kelas dua di negeri Afrika Selatan.

Dalam karya terbesarnya ini, The Choice, Ahmad Decdat berhasil memperoleh penghargaan dari King Faishal Award, iaitu hadiah Nobel dari Pemerintah Saudi Arabia. Buku ini pula telah berjaya dijual diperbagai benua dengan meluasnya dan telah dicetak puluhan kali sekitar ratusan ribu hingga jutaan naskah.

Kini buku The Choice telah berada di tangan aku. So, aku akan menelaah buku ini dan akan cuba bentangkan untuk korang semua k! semoga kita dapat manfaatkan kandungan buku ini yang terdiri daripada hujah2 yang mampu meningkatkan iman kita semua~

bahagian buku ini:

1.Apa yang Dikatakan Injil Tentang Muhammad SAW.
- 8 hujah yang tak terbantah <<------menarik minat aku (^-^) aku rasa korang pon kan?kan?

2.Muhammad Pengganti Alamiah Christ

3.Muhammad Yang Agung

4.Al Quran sebuah Mu'jizat


boleh di "DOWNLOAD" kat link ni------>http://findtoyou.com/ebook/the+choice+by+ahmed+deedat.html

Saturday, December 26, 2009

Aku DraQula Neutral~ haha


Ramai yang menyangka aku sombong, atau seorang pendiam, mungkin juga seorang yang sentiasa serius. Luaranku, air muka ku, cara jalanku, semuanya menggambarkan aku seseorang yang sukar didampingi..malah pandangan mata ku tajam seperti busur, anak panah..haha..itu kata teman-temanku ketika mereka melihatku sebelum mengenaliku..tapi, setelah mengenaliku, barulah mereka tahu hakikatnya aku seorang yang periang cekodok camtuh..haha~

Sebenarnya aku seorang yang sangat peramah, malah kuat bergurau disana-sini. jarang sekali aku bersikap terlalu serius sehingga menimbulkan stress.haha..cuma aku memiliki sifat malu yang menebal untuk menampilkan sikap ramahku ketika ditempat awam terutama ramai lelaki ditempat tersebut. Bukan hipokrit, bagi ku bukankah wajar seorang wanita itu bersikap pemalu? ianya bukan hiasan semata, tetapi hakikatnya penjaga maruah kita sebagai wanita dikhalayak ramai.tak gitu? hoho~

secara jujurnya, aku memang selalu menjaga penampilan luaran ku.aku memang jarang berpakaian selekeh kecuali ketika dalam keadaan yang kecemasan. Bukankah Allah mencintai kecantikan..dalaman dan juga luaran. cuma satu perkara yang aku tidak amalkan bila aku melangkah keluar, iaitu minyak wangi..mungkin aku lebih selesa jika aku dikenali sebagai "gadis minyak angin" daripada "gadis minyak wangi"..haha..

Aku bukan tak suka berwangi-wangian, malah aku selalu menyembur wangian bilik di dalam bilik aku agar segar hidung aku ni..hehe..malah, syampu dan sabun mandiku berbau cukup harum. cuma, aku susah sekali nak beli minyak wangi badan, kerana aku takut aku terpakai ketika aku ingin keluar. ish, bukankah jelas hukumnya haram bagi wanita berwangian diluar rumahnya? maka, cukuplah aku memakai deodoran badan agar tidak berbau badan hingga membuat orang lain pengsan..hahaha..so, aku menjadi wanita draQula neutral tanpa sebarang bau..haha

Aku rasa cukuplah dengan penampilan aku yang sedap mata memandang, dan tidak perlulah aku tambah perisa atau perasa seperti lavendar atau pandan semata-mata untuk menarik perhatian jejaka macam dalam iklan.haha~ setiap kita memiliki aura tersendiri dan tidak perlulah anda berbelanja puluhan atau ratusan duit untuk mendapatkan aura tersebut..Hati yang bersih dan niat yang sentiasa baik akan menambat insan2 disekeliling anda untuk mendekati anda~ ahaha

juz need to believe yourself!!

Saturday, December 19, 2009

i can see ur halo~














Remember those walls I built
Well baby they're tumbling down
And they didn't even put up a fight
They didn't even make a sound
I found a way to let you in
But I never really had a doubt
Standing in the light of your halo
I got my angel now

It's like I've been awakenedItalic
Every rule I had you breakin'
It's the risk that I'm takin'
I ain't never gonna shut you out

Everywhere I'm looking now
I'm surrounded by your embrace
Baby I can see your halo
You know you're my saving grace
You're everything I need and more
It's written all over your face
Baby I can feel your halo
Pray it won't fade away

I can feel your halo (halo) halo
I can see your halo (halo) halo
I can feel your halo (halo) halo
I can see your halo (halo) halo
Woah...

Hit me like a ray of sun
Burning through my darkest night
You're the only one that I want
Think I'm addicted to your light
I swore I'd never fall again
But this don't even feel like falling
Gravity can't forget
To pull me to the ground again

Feels like I've been awakened
Every rule I had you breakin'
The risk that I'm takin'
I'm never gonna shut you out

Everywhere I'm looking now
I'm surrounded by your embrace
Baby I can see your halo
You know you're my saving grace
You're everything I need and more
It's written all over your face
Baby I can feel your halo
Pray it won't fade away

I can feel your halo (halo) halo
I can see your halo (halo) halo
I can feel your halo (halo) halo
I can see your halo (halo) halo
I can feel your halo (halo) halo
I can see your halo (halo)

Halooooo ouuuu

Everywhere I'm looking now
I'm surrounded by your embrace
Baby I can see your halo
You know you're my saving grace
You're everything I need and more
It's written all over your face
Baby I can feel your halo
Pray it won't fade away

I can feel your halo (halo) halo
I can see your halo (halo) halo

(~,+)v p/s: for all of my dear frenz..n for someone im always keep inside my heart~

Dari Dapur DraQula~ : Tempura Kentang~






Resepi Tempura Kentang (^o~)v

Amaran kerajaan!!!

1.Kuih ini amat rumit untuk disediakan tapi amat mudah untuk dihabiskan sehingga licin pinggan..wahahaha..(^,~) haha..

2. untuk menyediakannya, kita perlu menyediakan 3 bahagian kuih ini~ huu…hanya yang tabah dapat melakukannya..wahahaha~ kemungkinan untuk gagal adalah sangat tinggi~wahahaha

Bahagian:

a.) Doh kuih

b.) Inti kuih

c.) Kulit kuih

Wahahaha~ rumit bangat sih!!

Bahan A : Doh


3 biji kentang bersaiz sederhana

450g tepung gandum

5 sudu besar minyak masak

1 susu besar gula

2 sudu kecil garam

1 sudu lada sulah

Sedikit daun sup/ saderi dipotong halus, lumat kesumat~( penambah rasa)

Sedikit perasa ayam( lebih sedap guna ayam cincang lumat..emm..nyum3~)

Cara:

  1. Kupas dan potong dadu kentang tersebut dan rebuskan sehingga empuk
  2. kentang yang telah empuk diambil dan dicampurkan dgn bahan lain an diuli sebati
  3. sekiranya ianya terlalu lembik, tambahla tepung
  4. sekiranya doh kamu keras, elak tambah air, tambahla sebarang 1 atau 2 sudu minyak masak~

Bahan B: Inti


2 biji kentang

1 batang lobak

5 urat daun sup/ daun bawang

3 ulas bawang putih

1 ulas bawang besar

150 g ayam dicincang halus mulus (boleh juga menggunakan udang)

1@2 sudu kecil garam halus

1 sudu besar gula

5 -7 biji cili padi ditumbuk

3 sudu besar minyak masak

Cara:

  1. kentang, lobak, daun sup,bawang putih, bawang besar dan isi ayam dicincang halus (lebih halus daripada kentang dalam karipap)~
  2. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar~
  3. setelah naik bau bawang, masukkan pula cili padi, dan ayam.
  4. setelah itu, masukkan pula kentang dan lobak. Tumis sehingga separuh empuk, dan kemudian masukkan pula daun sup/daun bawang.
  5. masukkan gula dan garam secukup rasa~
  6. dalam 10-15minit, inti anda telah boleh diangkat setelah kentang dan lobak telah agak lembut~

Bahan C: Kulit Luar


1 kotak serbuk roti (sekiranya tiada, anda boleh menggunakan biskut kering yang ditumbuk lumat sbg alternatif)

1/2 sudu garam halus

2 biji kuning telur


Cara-cara


1. Setelah anda menyediakan doh dan inti, anda ambil sedikit doh dan seperti menyediakan karipap, anda masukkan inti kedalam pastri doh dan pastikan pastri anda tidak bocor. Perhatian juga, pastri untuk kuih ini adalah lebih tebal dari pastri karipap. pastrinya setebal dalam 0.5-0.8 cm. Biasanya, bentuk yang disarankan adalah seperti kuih cek mek molek..huhu~

2. Setelah itu, kuih ini dicelurkan kedalam kuning telur dan kemudian digolekkan ke atas serbuk roti.

3. Em, kini anda boleh goreng kuih anda didalam minyak panas. Pastikan, api di atas dapur anda adalah sederhana agar kuih ini tidak hangit diluar dan masak didalam. Angkat kuih setelah ianya menjadi warna kemasan! itu tandanya kuih anda dah siap!

4.Hidangkan dengan sos pilihan anda~ nyum3, sy dah telan air liur membayangkan kuih ini. Lebih enak dimakan ketika petang hari bersama teh panas~


p/s: Tahniah untuk sesiapa yang berjaya buat kuih ini buat pertama kali! hahaha, jika gagal sila berusaha lagi~chaiyuk3! aku belajar resepi ini daripada bibik kakak aku yang asalnya dari pedalaman tanah Jawa Indonesia~ wahahaha..SeLamat Mencuba!!

Saturday, December 12, 2009

Al Quran Sebagai Sumber Ilmu Bahagian 2 : Pertemuan Dua Lautan.





















" Dia biarkan dua l
autan bertemu, diantara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembusi."
(Q.S Ar Rahman: 19-20)

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”
(Q.S Al Furqan:53)

Foto ini menunjukkan satu garisan jelas menunjukkan pertembungan dua lautan yang berbeza dan kedua-duanya tidak dapat menjangkaui antara satu sama lain. Seolah-olah terdapat dinding diantaranya. kejadian ini amat mengkagumkan dan ianya sebenarnya terjadi akibat daya lekitan dan lekatan antara molekul air di permukaannya dimana ianya terjadi kerana perbezaan kepekatan air bagi kedua-duanya. Hal ini Allah telah ungkapkan di dalam Al Quran sebelum kita menemui kebenarannya.


kiri : Foto disebelah menunjukkan wujudnya daya lekitan pada permukaan air sehingga "waterstrider" dapat meluncur di atas permukaan air tanpa kakinya terbenam didalam air seolah-olah meluncur diatas permukaan lantai kaca.







Betullah Firman Allah bhw Dia menjadikan setiap sesuatu penuh hikmah dan Dia menyuruh kita berfikir apabila melihat setiap kejadian alam ini kerana kita dapat melihat kebesaranNya. Perhatikan kandungan Al Quran dan jika kita mengkajinya dengan teliti, sememangnya ianya merupakan satu sumber utama untuk kita memperolehi pelbagai ilmu. Ianya meliputi ilmu-ilmu sains biologi, fizikal dan kimia.

Bukan itu sahaja, terdapat ilmu falak, ilmu sejarah, ilmu hisab, ilmu perwasiatan dan sebagainya. Ianya lengkap tanpa perlu digubal semula. terdapat semua tip-tip yang amat berguna untuk diamalkan dalam meniti ranjau hidup yang penuh ujian. Para ilmuwan yang mengkajinya sangat kagum bahawa ilmu yang baru diungkap kebenarannya pada abad 20 telah terungkap lebih awal di dalam Al Quran pada abad ke 14 lagi!

Mana mungkin kita dapat menandingi Kalamullah? Bukankah Dia yang mencipta setiap sesuatu yang di langit, dibumi dan diantaranya? Siapakah yang lebih mengetahui mengenai alam ini melainkan Allah, Al Khalik ( Yang Maha Mencipta).

"sesungguhnya ttg kejadian langit dan bumi dan pertikaian malam dan siang menjadi tanda
(ttg k
ekuasaan Allah) bg org yang berakal. (iaitu) org2 yg mengingati Allah ketika bediri, duduk dan berbaring dan mereka memikirkan kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ya Tuhan kami, tidaklah Engkau jadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka perliharalah kami dari seksa neraka." Surah Al Imran ayat 90 & 91.

Perhatikan perkataan memikirkan di dalam ayat tersebut. Mengapa ianya penting? mari kita perhatikan satu kisah dimana kita dapat mengungkap mengapa ALLAH melabelkan berfikir itu penting dan mampu mendekatkan kita kepadaNya.

Seorang ahli selam terkemuka yang berasal daripada Perancis bernama Mr. Jacques Yves Coteau yang juga merupakan ahli Oceanografer yang seringkali filem dokumentarinya yang berkisarkan lautan dan dasarnya diterbitkan dan ditayangkan di dalam TV Discovery telah memasuki islam setelah menemui sesuatu kejadian alam yang sangat mengkagumkan.

Al kisahnya bermula pada suatu hari beliau menyelam ke dasar laut dan beliau telah menemui beberapa matair yang sedap rasanya, dan tidak tercemar sedikit pun dengan air laut yang masin.Ianya seolah-olah ada membran yang memisahkan air matair tersebut daripada air laut.

Beliau sangat terkejut dan bingung akan hal tersebut sehingga beliau mengira bahawa kejadian tersebut hanyalah halusinasinya sahaja. Setelah pulang ke daratan, beliau sering tertanya-tanya dan sentiasa memikirkan kejadian tersebut. Dengan rahmat Allah SWT, suatu hari beliau telah mengajukan persoalan tersebut kepada seorang Profesor muslim kenalannya.( tidak dinyatakan adakah mereka sekampung, atau pernah ke sekolah bersama dan sebagainya..(^,~)v lawak sekilas..huhu~ sekadar menghilangkan ketegangan anda semua~).

Maka, Profesor tersebut membacakan ayat Q.S Ar Rahman:19-20 dan Q.S Furqan:53 sebagai penerangan bahawa beliau tidak berhalusinasi tetapi kejadian tersebut sememangnya wujud dan ianya telah diungkap oleh Sang Pencipta. Yves ternyata mendapat hidayah melalui pengalamannya yang begitu luar biasa dan oleh kerana sikap ingin tahunya itulah mendorong beliau mencari penerangan yang sahih bg kejadian tersebut sehingga dia menemui jawapanya dari Kalamullah yakni Al Quran. Lalu beliau telah mengisytiharkan pengislamannya tanpa merasa ragu-ragu malah beliau telah membuat kenyataan didalam majalah Al Furqan.

"Hearing this, Mr Cousteau said that surely the Qur'an is a divine Book and embraced Islam"
Petikan tersebut telah dipetik dari majalah Al Fuqan-Taha Publisher, London.

Lihatlah kawan-kawan bertapa Al Quran itu meliputi pelbagai ilmu yang kita sebagai hambanya memerlukan beratus-ratus tahun untuk mengungkapnya, sedangkan bagi ALLAH, Dia mengungkapnya ringkas dalam hanya sepotong ayat mengenainya. Artikel sepanjang ini hanya menceritakan sepotong ayatNya yang mengisarkan tentang dua jenis lautan iaitu yang masin dan yang tawar rasanya. Terdapat banyak lagi ayat lain yang menerangkan pelbagai kejadianNya dan bagi sesiapa yang memikirkan, merekalah golongan yang beruntung. kita bersambung lagi episod seterusnya, dengan tajuk yang lebih menarik dan yang lebih membuka minda kita untuk memikirkan keagunganNya.

Tunggu artikel seterusnya, Al Quran Sebagai Sumber Ilmu 3

P/S: Tahukah anda kajian menunjukkan kalimah yang berlawanan didalam Al Quran seperti syurga vs neraka, wanita vs lelaki, baik vs jahat, dunia vs akhirat adalah sama bilangannya kecuali bg kalimat air vs darat. Mengapa? rupa-rupanya nisbah kalimat tersebut apabila dikaji menyamai nisbah air:darat di muka bumi. perkiraannya adalah seperti berikut:


Di dalam Al-Quran, kata “Daratan” (berr, yabas) disebut sebanyak 13 kali, sedangkan kata “Lautan” (bahr) disebut sebanyak 32 kali (termasuk didalamnya untuk kategori danau & sungai). Jika kita hitung rasionya maka “Daratan” & “Laut” adalah 13 berbanding 32 atau dalam matematik ditulis 13 : 32. Total keduanya adalah 13 + 32 = 45.


Merujuk bentangan Daratan di bumi ini adalah 13 / 45 = 28,888 % = 29 %
dan bentangan Lautan di bumi ini adalah 32 / 45 = 71.111% = 71 %

Apabila dirujuk dengan kajian sains terkini, nisbah ini tidak jauh beza! iaitu:

daratan: 29.2%

lautan: 70.8%

Renung-renungkan (~,~)v


link rujukan:

http://en.wikipedia.org/wiki/Jacques-Yves_Cousteau
http://www.e-bacaan.com/emaild92.htm

Friday, December 4, 2009

Berwudu' Membersihkan Hati


Ustadz Amri khusyuk meneliti anak-anak muridnya melakukan amali wudu' di sepanjang tempat berwudu' ditepi surau sekolah mereka. setiap pelajar diperhati samaada cara berwudu' yang mereka praktikkan adalah betul dan sekiranya ada yang salah akan ditegur oleh Ustadz Amri.

Kemudian, sampailah giliran Samson. Setiap langkahnya bewudu' diperhati oleh Ustadz Amri. semua langkahnya betul malah mengkagumkan kerana umurnya baru sahaja 7 tahun tapi seolah-olah Samson dah biasa mengambil wudu'. Semua pelajar yang telah bewudu' diarahkan masuk ke surau untuk praktikkan pula amali solat nanti. Namun Samson tidak juga masuk ke dalam surau walaupun dia telah pun berwudu'. Samson duduk tercegat menanti giliran di tepi paip berhampiran dengan Ustadz Amri. Melihat gelagat Samson yang aneh itu membuatkan Ustadz Amri bersuara untuk bertanya apakah gerangannya masalah yang dihadapi Samson.

" Kamu ni kenapa Samson? takkan dah batal wudu' kamu tadi?" soal Ustadz samson

" takla, ustadz. wudu' saya belum batal lagi..masih line clear...hehe.." dia tersengih menunjukkan gigi rongaknya.

"habis tuh, kenapa kamu tercegat di sini lagi? tak pandai nak masuk lagi ke dalam surau?" soal Ustadz Amri.

"lahai ustadz ni, takkan la saya sengaja nak berdiri dekat sini pula..saya nak ambil wudu' la ni..sekali lagi" jawabnya penuh yakin

"kalau tak batal, tak payahla ambil sekali lagi" tukas Ustadz Amri.

"ish, ustadz mana kita tau masa depan, kejap lagi kalau batal macam mana? saya sengaja ambil dua kali..kalau terkentut kejap lagi, saya ada wudu' satu lagi..kita kena pandai ustadz..kena selalu fikir masa depan" wajahnya begitu bangga dengan ideanya yang sungguh bernas bagi fikirannya.

"ternyatalah kau baru berusia 7 tahun Samson.."bisik hati Ustadz Amri sambil tersenyum geli hati dengan gelagat Samson.

Air sebenarnya merupakan satu unsur utama dalam badan malah merupakan unsur utama alam ini. Air memiliki gelombang tersendiri malah merupakan satu unsur yang mampu memberi rawatan dalaman dan lahiriah. Tidak dapat disangkal air amat penting dalam kehidupan kita malah ianya telah digunakan untuk berwuduk oleh umat islam. tahukan kita apakah diantara hikmah berwuduk?

1. dapat membuang sel2 mati pada kulit, malah dapat mengelakkan kanser kulit.
2. telah terbukti, kuman seperti H1N1 dapat dielak dari dijangkiti dengan tindakan membasuh tangan dengan teliti dan juga membasuh hidung~
3. Air dapat mengurangkan tekanan kerana gelombang dan suhunya.Oleh itu, mengambil wuduk dengan teliti dan tawaduk dapat memberikan ketenangan~
4.pernah dengar produk Aqua Mosturiser by Biotherm? harganya puluhan ringit dan produk ini berasaskan air untuk memberi kelembapan pada wajah kita. Dengan wuduk 5 kali sehari, tidak mustahil wuduk adalah satu cara untuk menjadi awet muda! oh, berikan kelembapan pada wajahmu!
5. Terganggu dengan masalah sinus? wuduk jawapannya..masukkan air kedalam hidungmu, sedut dan hembus..3x, dan 5kali sehari~
6.perhatikan, mengapa ubun-ubun antara anggota wuduk?? kerana mengikut kajian di ubun-ubunlah terletaknya otak yang mengawal semua permulaan idea sebarang tindakan kita. Penyeimbangan suhu diperlukan, agar kawasan ini sentiasa dalam keadaan baik untuk digunakan oleh kita.

Thursday, December 3, 2009

Mengapa Allah nak Kita Berusaha???


Suatu hari masuklah Rasulullah SAW menemui anandanya Fathimah az-zahra rha. Didapatinya anandanya sedang menggiling syair (sejenis padi-padian) dengan menggunakan sebuah penggilingan tangan dari batu sambil menangis. Rasulullah SAW bertanya pada anandanya, "apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fathimah?, semoga Allah SWT tidak menyebabkan matamu menangis". Fathimah rha. berkata, "ayahanda, penggilingan dan urusan-urusan rumahtanggalah yang menyebabkan ananda menangis".

Lalu duduklah Rasulullah SAW di sisi anandanya. Fathimah rha. melanjutkan perkataannya, "ayahanda sudikah kiranya ayahanda meminta 'aliy (suaminya) mencarikan ananda seorang jariah untuk menolong ananda menggiling gandum dan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di rumah". Mendengar perkataan anandanya ini maka bangunlah Rasulullah SAW mendekati penggilingan itu. Beliau mengambil syair dengan tangannya yang diberkati lagi mulia dan diletakkannya di dalam penggilingan tangan itu seraya diucapkannya

"Bismillaahirrahmaanirrahiim". Penggilingan tersebut berputar dengan sendirinya dengan izin Allah SWT. Rasulullah SAW meletakkan syair ke dalam penggilingan tangan itu untuk anandanya dengan tangannya sedangkan penggilingan itu berputar dengan sendirinya seraya bertasbih kepada Allah SWT dalam berbagai bahasa sehingga habislah butir-butir syair itu digilingnya.

Rasulullah SAW berkata kepada gilingan tersebut, "berhentilah berputar dengan izin Allah SWT", maka penggilingan itu berhenti berputar lalu penggilingan itu berkata-kata dengan izin Allah SWT yang berkuasa menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata. Maka katanya dalam bahasa Arab yang fasih, "ya Rasulullah SAW, demi Allah Tuhan yang telah menjadikan baginda dengan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul-Nya, kalaulah baginda menyuruh hamba menggiling syair dari Masyriq dan Maghrib pun niscaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah SWT suatu ayat yang berbunyi : (artinya)

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang dititahkan".

Maka hamba takut, ya Rasulullah kelak hamba menjadi batu yang masuk ke dalam neraka. Rasulullah SAW kemudian bersabda kepada batu penggilingan itu, "bergembiralah karena engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fathimah az-zahra di dalam sorga". Maka bergembiralah penggilingan batu itu mendengar berita itu kemudian diamlah ia.

Rasulullah SAW bersabda kepada anandanya, "jika Allah SWT menghendaki wahai Fathimah, niscaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah SWT menghendaki dituliskan-Nya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan oleh Nya beberapa kesalahanmu dan diangkat-Nya untukmu beberapa derajat. Ya Fathimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya dan anak-anaknya, maka Allah SWT menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu derajat.

Ya Fathimah perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah SWT menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit. Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah SWT akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang bertelanjang. Ya Fathimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetangga-tetangganya maka Allah SWT akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautshar pada hari kiamat.

Ya Fathimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keridhaan suami terhadap istrinya. Jikalau suamimu tidak ridha denganmu tidaklah akan aku do'akan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fathimah bahwa ridha suami itu daripada Allah SWT dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah SWT?.

Ya Fathimah, apabil seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah SWT akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah SWT mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah yakni berperang sabil. Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman sorga, dan Allah SWT akan mengkaruniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat.


Perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya semua dan Allah SWT akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikaruniakan Allah untuknya seribu pahala haji dan umrah.

Ya Fathimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah SWT akan memandangnya dengan pandangan rahmat. Ya Fathimah perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau menata rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat), "teruskanlah 'amalmu maka Allah SWT telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang".

Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyak-kan rambut suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah SWT akan memberinya minuman dari sungai-sungai sorga dan Allah SWT akan meringankan sakarotulmaut-nya, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman sorga seta Allah SWT akan menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah ia melintas di atas titian Shirat".

Iktibarnya dari kisah ini, bergembiralah para isteri diluar sana kerana setiap titik peluh anda adalah permata disisi Allah. Ikhlaskan hati dan yakinlah bahawa setiap usaha kita bukanlah sia-sia...huhu

Haramkah by Melly Goeslaw


Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Reff:
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas izinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…

3 kekuatan Umat Islam Dalam menegakkan Kerajaan Allah


Al Quran, zikir dan solat merupakan sumber utama umat islam...

Al Quran sebagai sumber ilmu, kekuatan dan ketenangan jiwa.

Allah berfirman yang bermaksud:

"sesungguhnya didalam kisah mereka itu ada ibrah (pengajaran) bagi orang-orang yang berakal.Bukanlah Al- Quran ini cerita yang diada-adakan sahaja, bahkan ia membenarkan (kitab) yang sebelumnya dan menerangkan setiap sesuatu, lagi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman," (12:111) surah Yusuf, ayat 111.

Ini mungkin tabiat aku yang sukar sekali aku nak hindari setiap kali aku memasuki mana-mana bilik teman baruku. Mataku akan tercari-cari dimana letaknya "buku rujukan" itu? dimanakah ia diletakkan? biasanya ada di rak buku dan biasanya terletak di rak yang tinngi memandangkan ianya merupakan "rujukan istimewa" bagi kami semua. ah, di situ..wajahku ceria bila ternyata teman baruku itu masih menyimpan senaskah "rujukan istimewa", namun melihat kondisinya agak mengecewakan diriku. Temanku menyelitkannya dihujung rak yang dipenuhi dengan buku-buku rujukan yang lebih besar hingga kondisinya kelihatan begitu terhimpit dan kelihatannya telah lama tidak terusik memandangkan ia kelihatan agak berhabuk.

Al Quran bukanlah sebarang kitab rujukan biasa bagi umat manusia kerana ianya bukanlah sebarang karangan atau kitab sebarangan yang boleh diendahkan tempat letaknya, kondisinya apatah lagi isi kandungannya yang begitu manfaat bagi kita semua. Sedarkah kita sebenarnya bahawa Al Quran merupakan Kalamullah atau kata lain kata-kata Allah S.W.T yang mentadbir alam ini kerana tiada Tuhan selainNya..Dia merupakan Raja segala Raja..tidakkah kita ingin mengetahui apakah yang Dia ingin sampaikan kepada kita melalui surat-suratnya? tidakkah kita mahu mengerti kata2nya? sungguh kita sering lalai dalam melihat perkara yang lebih penting malah jarang diantara kita merasa ianya penting dalam kehidupan mereka.

Sesungguhnya Allah tidak mencipta sesuatu dengan sia-sia melainkan ada hikmah disebalik setiap kejadian. Begitu juga dengan Al Quran. Al Quran menyingkap pelbagai rahsia yang sukar digapai oleh akal manusia tanpa bantuan alatan teknologi misalnya. Ramai yang tidak menyedari hakikatnya...bersambung...

Tuesday, October 27, 2009

Tanda-tanda kedatangan kiamat

TANDA-TANDA KEDATANGAN KIAMAT


Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." -Sahih Bukhari-

Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." -Sahih Muslim-

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." -Abu Hurairah r.a-

Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" -Ibnu Majah-

Menghias masjid dan membanggakannya."Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" -Riwayat Nasai.-

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." -Riwayat Ahmad dan Hakim-

Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." -Riwayat Ahmad-

Orang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah duniakan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina).Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -Riwayat Thabrani-

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja."Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -Riwayat Ahmad-

Bulan sabit kelihatan besar."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." -Riwayat Thabrani-

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita."Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" -Sahih Muslim-

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar."Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" -Riwayat Ahmad-

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai."Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai"-Sahih Muslim-