Friday, December 4, 2009

Berwudu' Membersihkan Hati


Ustadz Amri khusyuk meneliti anak-anak muridnya melakukan amali wudu' di sepanjang tempat berwudu' ditepi surau sekolah mereka. setiap pelajar diperhati samaada cara berwudu' yang mereka praktikkan adalah betul dan sekiranya ada yang salah akan ditegur oleh Ustadz Amri.

Kemudian, sampailah giliran Samson. Setiap langkahnya bewudu' diperhati oleh Ustadz Amri. semua langkahnya betul malah mengkagumkan kerana umurnya baru sahaja 7 tahun tapi seolah-olah Samson dah biasa mengambil wudu'. Semua pelajar yang telah bewudu' diarahkan masuk ke surau untuk praktikkan pula amali solat nanti. Namun Samson tidak juga masuk ke dalam surau walaupun dia telah pun berwudu'. Samson duduk tercegat menanti giliran di tepi paip berhampiran dengan Ustadz Amri. Melihat gelagat Samson yang aneh itu membuatkan Ustadz Amri bersuara untuk bertanya apakah gerangannya masalah yang dihadapi Samson.

" Kamu ni kenapa Samson? takkan dah batal wudu' kamu tadi?" soal Ustadz samson

" takla, ustadz. wudu' saya belum batal lagi..masih line clear...hehe.." dia tersengih menunjukkan gigi rongaknya.

"habis tuh, kenapa kamu tercegat di sini lagi? tak pandai nak masuk lagi ke dalam surau?" soal Ustadz Amri.

"lahai ustadz ni, takkan la saya sengaja nak berdiri dekat sini pula..saya nak ambil wudu' la ni..sekali lagi" jawabnya penuh yakin

"kalau tak batal, tak payahla ambil sekali lagi" tukas Ustadz Amri.

"ish, ustadz mana kita tau masa depan, kejap lagi kalau batal macam mana? saya sengaja ambil dua kali..kalau terkentut kejap lagi, saya ada wudu' satu lagi..kita kena pandai ustadz..kena selalu fikir masa depan" wajahnya begitu bangga dengan ideanya yang sungguh bernas bagi fikirannya.

"ternyatalah kau baru berusia 7 tahun Samson.."bisik hati Ustadz Amri sambil tersenyum geli hati dengan gelagat Samson.

Air sebenarnya merupakan satu unsur utama dalam badan malah merupakan unsur utama alam ini. Air memiliki gelombang tersendiri malah merupakan satu unsur yang mampu memberi rawatan dalaman dan lahiriah. Tidak dapat disangkal air amat penting dalam kehidupan kita malah ianya telah digunakan untuk berwuduk oleh umat islam. tahukan kita apakah diantara hikmah berwuduk?

1. dapat membuang sel2 mati pada kulit, malah dapat mengelakkan kanser kulit.
2. telah terbukti, kuman seperti H1N1 dapat dielak dari dijangkiti dengan tindakan membasuh tangan dengan teliti dan juga membasuh hidung~
3. Air dapat mengurangkan tekanan kerana gelombang dan suhunya.Oleh itu, mengambil wuduk dengan teliti dan tawaduk dapat memberikan ketenangan~
4.pernah dengar produk Aqua Mosturiser by Biotherm? harganya puluhan ringit dan produk ini berasaskan air untuk memberi kelembapan pada wajah kita. Dengan wuduk 5 kali sehari, tidak mustahil wuduk adalah satu cara untuk menjadi awet muda! oh, berikan kelembapan pada wajahmu!
5. Terganggu dengan masalah sinus? wuduk jawapannya..masukkan air kedalam hidungmu, sedut dan hembus..3x, dan 5kali sehari~
6.perhatikan, mengapa ubun-ubun antara anggota wuduk?? kerana mengikut kajian di ubun-ubunlah terletaknya otak yang mengawal semua permulaan idea sebarang tindakan kita. Penyeimbangan suhu diperlukan, agar kawasan ini sentiasa dalam keadaan baik untuk digunakan oleh kita.

No comments:

Post a Comment