Thursday, January 7, 2010

we R hero~ me too..chaiyuk3~


Satu-satu ujian melanda padaku akhir2 nie...masalah datang bersilih ganti..walau wajah ku nampak bersahaja, tapi aku sedar bertapa serabutnya hati aku memikirkan semuanya..bukan senang nak memperbaiki diri kita.. Aku tahu Allah sedang uji aku adakah aku benarbenar yakin bahawa Dia akan bantu aku dalam menghadapi ujian apabila aku bertekad untuk berhijrah menjadi insan baru.

Aku mengerti aku pikul banyak tanggungjawab yang sebelum ni aku selalu mengabaikannya dek kerana aku tak mampu memikulnya. Sejak kematian arwah bapak, abang aku berkorban tanpa diminta. sebenarnya walau aku tidak mempamerkan rasa beban dihati, tp hakikatnya aku rasa tertekan untuk cepat-cepat masuk alam pekerjaan. Biarlah aku tanggung semuanya.

aku sengaja taknak pulang kerumah aku, dan tinggal di Sabah untuk tidak menyusahkan mereka.biar aku rasa hidup susah sendirian di sini tanpa mereka. asalkan, aku dapat memperbaiki keadaanku..biar sakitku, hanya aku yang tanggung..biar penat aku, aku sorang yang rasa..yang aku minta hanya satu, semoga Allah permudahkan aku dan setiap kali aku merasa penat, biar Dia menemani aku menangis sampai puas..

Aku ingin menjadi insan yang bermanfaat bagi setiap insan. UntukNya, aku telah berjanji untuk memperbaiki diriku, iman ku, syahadahku, dan aku ingin tebus setiap kezaliman aku yang lalu apabila melakukan pelbagai dosa dihadapanNya..bagaimana untuk tebus semua itu? bagaimana aku ingin menjadi wanita solehah disisiNya? maka aku putuskan untuk membantu semua orang disekelilingku selagi aku mampu..aku kikis semua kemahuan aku, lalu cuba memenuhi kemahuan insan2 yang aku sayang..keluarga dan teman2..

Ya, memang benar..aku melalui banyak dugaan..bukan senang nak bahagiakan setiap orang yang kita sayang..aku syg mak aku, memandangkan mak aku tuh kuat sangat risau, so aku kena call dia tiap2 hari buat laporan..adoiii..pastu kalau aku sakit, tengah nangis lepas jatuh motor sekalipon n tiber2 dia call, aku terus lap air mata n terus cakap dengan dia sambil gelak2..walaupun kantoi juga lepas tuh, sekurang2nya masa tuh aku depan dier n luka dah kering, takla berbueh..hehe~tapi aku memang tak pandai ckap camni "mak, kak dian syg mak" adoii..geli weh nak ckp, tapi oleh kerana aku tau mak aku suka sgt kalo aku ckp camtuh, so aku penahla antar msg ckp aku syg dia..haha~ lepas antar aku pengsan 18 kali..wakaka~

Aku syang abng aku, itula satu2nya abang aku intan payung mak aku..wakaka~maunyer mak n aku tak syg dia, dier snggup membujangkan diri dier sampai skang ni(31 tahun dah weyh) semata-mata nak biar kiter org habes study dulu..dier saja nak buat aku jd org bersalah..kan..kan..haha~ dia duk umah jaga mak aku n kebun yang luas yang arwah ayah aku wasiatkan..masa arwah bapak aku meninggal, dier terus benti kerja kat bandar walau gaji besau..dier terus balik jadi "big Bro" n jaga mak aku kat umah..sebenarnya faktor len dier single sampei skang sebb dier tak pandai cintan cintun nie...wahaha~ tp, dier kelakar..kuat nyengeh jer..haha~

Oleh kerana aku syg dier, kalau dier suh aper2, aku buat jer..dier suh aku msk tgh2 malam buter pon, aku msakkan...mungkin buat masa ni, aku hanya boleh bg tuh jer kat dier..nak bagi bini, aku nak cari kat celah mana??, kat pasar mana ader jual..ehehe~ baru2 ni dier ke ladang, n pisau tercacak kat tangan dier..sedih betul aku dengar :'( tapi, aku buat2 biasa jer..dia ada call aku..suka giler bila dia tau aku dah dapat kerja(aku tau niat dia~ dia rasa lega tak pyh bg duit kat aku dah~ wakaka..sengal jer..ekeke)..

Pernah aku keladang bersama dier masa tuh aku budak2 lagi..9 tahun kot masa tuh..mak aku dihantar ke hospital..bapak aku plak balik selangor uruskan bisnes dier..tak dpt plak kontek dier..so, duit dah habis..aku n abg aku terpaksa keladang (bukan gali emas..)tapi pergi jual hasil ladangla..mcam drama plak..tiber2 hujan..mungkin abg aku taknak aku terkena hujan, dier suh aku tunggu ditepi ladang, dan dier berhujan ke tempat jual hasil ldg..tapi hujan makin lebat..aku basah kuyup..dia lagilah..basah lencun..duit dah ditangan, dier senyum(rasanyer sengeh cam kerang) haha~ pastuh aku pon nekla motor dier..balik umah dan ke wad dibandar..

Aku memg org kampung yang pernah hidup susah..maka aku bukanlah seorang yang manja2 yang tidak boleh hidup susah..tp, skang nie tak pyh lagi ke ladang..kami upah orang indon(wak aper tah nama dier) Wak nie la yang uruskan ladang kami..(p/s: wak nie selalu ngorat mak aku yg cun tuh..wakaka~) emm, tengokla bertapa banyak mereka berkorban..so, mereka terlalu istimewa dalam hidup aku..aku wajib cuba membahagiakan mereka..
bg abg aku, aku nak dier mulakan hidupnya sendiri..cari isteri, ada anak dan sebgainya..cukuplah dia menjadi "abg"..biar dia menjadi suami(geli plak tulis ni), jadi seorang ayah..hehe~

Aku juga ada seoarang kakak yang sangat kelakar, tapi baik hati walau sedikit "kede"~ ahaha..tapi dierla kakak paling sengal..ekeke~ dan aku juga seorang adik perempuan yang baik yg bakal jadi seorang nurse..dier nie mmg baik giler..aku selalu dgr dier selalu tolong2 org tua yang takder kuarga kat wad~ dierla yang mandikan, basuh berak org2 tue tuh..ish, baek giler sengal nie..ehehe..single lagi tau..uhuhu~dan paling bongsu, adik lelaki yang baru tingkatan 2..manja sesangat ngan aku~

Aku memg banyak tanggung jawab..aku mesti tanggung adik aku yang bongsu tuh, aku niat nak suh dia tukar sekolah agama penuh..bior dier p study kat mesir..takper, aku rela tanggung dier sampai dier lulus..dan dia memg bercita2 camtuhh..bagus2..aku suka sgt mendengarnya..

Tapi, untuk melaksanakan semua nie bukan mudah..aku kena bersusah2 dulu, bertahan dengan semua ujian~ muka2 dorang yang sengal tuh cam bg aku kekuatan untuk terus maintain cool~ ecece..
sabor yer semua..rindu??? mestila weyh..tapi mesti sabor, kumpul duit n leh happy kan korang k..tunggu kak Dian DraQula balik..wahahahha~

Ramai lagi yang aku syg~ untuk kawan2..aku tengah buat plan untuk reunion kita..

~reunion member matrik : hampir 60% dalm proses(i mean kiter jumpa masa piza kawen)
~reunion dak SKST : aku baru nak pikir..masa raya la kot, semua balik kampong~ cam beser, umah aku jadi port, tpi ada cdgn kat umah semua teacher..aku no hal geng~
~reunion geng Pailang 13~ emm, nampaknyer kiter semua tgh berkerja keras bina kerjaya~
so, maybe lambat sket..tp, i noe semua dah rindu..relax geng..kita sabor sket..kita buat grand sket k..

Untuk "jodoh" aku, aku cuba jd wanita yang terbaik, perbaiki aklak, perbaiki kualiti aku, perbaiki setiap kelemahan diri aku, agar aku layak untuk seorang insan yang baik akhlaknya disisi ALLAH~ huhu..

"chaiyuk3 semua~ jgn mudah putus asa!! biar tekanan merasa tertekan dgn diri kita yang tough nie"
(O,0)~ we R hero..










1 comment:

  1. semoga berjaya...
    respectlak kat ana... dan sy pasti parents ana juga berbangga mempunyai seorng anak seperti anda...
    teruskan perjuangan mu...
    insyaAllah, Allah sentiasa merahmati mu...
    salam...

    ReplyDelete